Pak Tam ...Nama kucing ni

Tuesday, 31 May 2011

TIP MEMBINA KEYAKINAN DIRI

Anda tidak yakin pada diri sendiri?Cuba tanya pada diri anda, jika orang lain boleh buat , mengapa anda tidak boleh.Dalam video berikut, anda boleh mendapat tip untuk membina keyakinan diri.


 Lagi....


Dan lagi...
Contohi kisah pemuda ini  yang boleh berjaya walaupun tanpa kedua tangan dan kaki. Kenapa kita yang mempunyai anggota badan yang sempurna kurang yakin dengan diri sendiri. Jika kita gagal sekali jangan mudah putus asa atau mengaku kalah.Sekali gagal tidak bermakna kita gagal untuk selamanya.Berusaha... berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya.Tiada siapa yang boleh bantu diri kita melainkan diri sendiri. Binalah kekuatan diri untuk maju dan berjaya. Ketahuilah tiada perkataan putus asa dalam kamus hidup orang yang berjaya.Untuk sampai kepuncak kejayaan kita perlu melangkah anak-anak tangga kejayaan. Sebelum sampai ke puncak kejayaan itu, kita akan melalui perbagai cabaran dan rintangan.Setiap cabaran dan rintangan tersebut akan mematangkan kita dan menjadi kekuatan untuk bangun  dari kegagalan.Jadikan kegagalan sebagai panduan untuk kita perbaiki setiap kelemahan diri.


Jika anda melakukan sesuatu pekerjaan , jangan fikirkan masalah yang mendatang sebaliknya fikirkan hasil yang akan anda perolehi .Anda akan berasa puas , jika pekerjaan anda dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun pada awalnya banyak dugaan dan rintangan .

Mulai hari ini ,saat ini dan ketika ini kita perlu berubah menjadi lebih yakin pada diri sendiri. KATAKAN BOLEH. "ANDA BOLEH... YAKIN BOLEH.... PASTI BOLEH". 

Aku boleh.....

No comments:

Post a Comment


SELAMAT PENGANTIN BARU


Kepada pasangan yang akan berkahwin, selamat menempuh alam perkahwinan.Perkahwinan bukan jaminan kesetiaan dan kebahagian suami/isteri.Pelbagai kemungkinan akan dihadapi sepanjang menempuh alam perkahwinan samaada susah @senang, setia @ curang, bahagia @ derita ,dihargai@ tidak dan macam-macam lagi dugaan. Kita perlu 'set' minda kita dengan sebarang kemungkinan yang mendatang supaya kita dapat menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan bukan mengikut emosi."Ikut rasa binasa, ikut hati mati".
zwani.com myspace graphic comments