Pak Tam ...Nama kucing ni

Monday, 2 May 2011

HARTA DI DUNIA HANYA PINJAMAN

Sesungguhnya apa yang kita miliki di dunia baik yang kecil hinggalah yang berharga adalah pinjaman daripada Allah. Allah amanahkan harta tersebut kepada manusia untuk mengguna dan menjaganya sebaik mungkin.Apabila tiba masanya Allah akan mengambil semula harta tersebut samaada kita suka atau tidak.Manusia dianugerahkan anggota badan yang lengkap bagi membolehkan manusia meneroka alam ciptaan tuhan .Melalui pacaindera mata manusia dapat menikmati keindahan di dunia.Manusia juga boleh menikmati makanan yang enak-enak melalui deria rasa, menikmati alunan muzik dan bau-bauan yang menyegarkan.
Harta di dunia adalah hak mutlak Allah.Janganlah berbangga dengan harta yang dipinjamkan oleh Allah sehingga mendabik dada dan tidak berpijak di bumi yang nyata.Oleh itu kita hendaklah bersyukur dengan kurniaan Allah dan sentiasa mengingati orang-orang susah.
Di dunia lagi Allah telah menarik sedikit demi sedikit apa yang telah dipinjamkan kepada manusia.Contohnya nikmat penglihatan,semakin meningkat usia, mata mula kabur, selera makan berkurangan dan deria pendengaran kurang sensitif.Jika diusia muda ,pergerakan pantas dan cepat tetapi faktor usia menyebabkan pergerakan telah menjadi lemah dan lesu.
Kekayaan yang dimiliki juga akan berkurang ,apabila perniagaan rugi.Rumah dan kereta besar ditarik oleh bank kerana hutang tidak dijelaskan.Suami isteri bercerai berai dan anak-anak tidak tentu hala tujuan.
Apa yang pasti ,apabila ajal datang menjemput,semua harta kekayaan akan ditinggalkan di dunia dan manusia akan dibekalkan kain putih yang membalut tubuh.



SELAMAT PENGANTIN BARU


Kepada pasangan yang akan berkahwin, selamat menempuh alam perkahwinan.Perkahwinan bukan jaminan kesetiaan dan kebahagian suami/isteri.Pelbagai kemungkinan akan dihadapi sepanjang menempuh alam perkahwinan samaada susah @senang, setia @ curang, bahagia @ derita ,dihargai@ tidak dan macam-macam lagi dugaan. Kita perlu 'set' minda kita dengan sebarang kemungkinan yang mendatang supaya kita dapat menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan bukan mengikut emosi."Ikut rasa binasa, ikut hati mati".
zwani.com myspace graphic comments