Pak Tam ...Nama kucing ni

Sunday, 1 May 2011

DIBUAI MIMPI INDAH



Tahukah anda, dalam kehidupan kita satu pertiga daripadanya adalah untuk tidur.Masa tidur adalah masa untuk berehat dari segi mental dan fizikal.Oleh itu tidur menjadi satu istirehat yang penting untuk kesihatan kita. Ketika inilah otak dapat berehat dari berfikir tentang masalah yang tidak pernah kunjung padam. Tenaga yang telah digunakan dapat dikumpul semula untuk hari esoknya.Tidur yang cukup juga membuatkan badan kita berasa segar dan sihat.
Adakalanya tidur yang panjang diulit oleh mimpi yang yang tidak diundang.Walaupun jasad terbaring di atas katil tetapi ,otak terus bekerja seolah-olah di alam nyata.Tidur yang panjang dirasakan singkat dan apabila terbangun mata masih mengantuk dan rasa tidak puas.
Adakalanya masa tidur sering dihantui mimpi yang tidak diundang.Mimpi-mimpi kadangkala mengasyikkan dan ada ketikanya pula menyeramkan.Setiap mimpi yang hadir dalam tidur mempunyai tafsiran tersendiri.Ada tafsiran yang membawa maksud baik dan ada juga yang sebaliknya. Apapun maksud tafsirannya mimpi tetap mengganggu tidur yang lena.

No comments:

Post a Comment


SELAMAT PENGANTIN BARU


Kepada pasangan yang akan berkahwin, selamat menempuh alam perkahwinan.Perkahwinan bukan jaminan kesetiaan dan kebahagian suami/isteri.Pelbagai kemungkinan akan dihadapi sepanjang menempuh alam perkahwinan samaada susah @senang, setia @ curang, bahagia @ derita ,dihargai@ tidak dan macam-macam lagi dugaan. Kita perlu 'set' minda kita dengan sebarang kemungkinan yang mendatang supaya kita dapat menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan bukan mengikut emosi."Ikut rasa binasa, ikut hati mati".
zwani.com myspace graphic comments