Pak Tam ...Nama kucing ni

Tuesday, 31 May 2011

ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN

   
Sering kali kita beranggapan orang lain lebih hebat daripada kita . Sedangkan kita tidak menyedari tentang  kehebatan diri sendiri.Kita sering rasa rendah diri apabila melihat kehebatan orang lain. Sedangkan orang lain juga merasa rendah diri apabila melihat kehebatan kita.Jangan biarkan kehebatan orang lain itu menjadikan kita kurang yakin dan rendah diri.Tidak adil jika kita membandingkan diri  dengan orang lain yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun sedangkan kita baru setahun jagung.Untuk adil kepada diri, kita sepatutnya berusaha untuk setaraf dengan orang yang banyak pengalaman.Kita ada kelebihan dan kehebatan diri sendiri.Sebenarnya ketakutan,tiada keyakinan, perasaan malu telah menutupi kehebatan  diri sendiri .Lawan perasaan takut,malu dan rendah diri yang bersarang dalam diri.Jangan biarkan perasaan tersebut menguasai diri dan menghalang potensi diri.

Seringkali kita melihat orang lain bahagia bersama suami dan keluarga masing-masing.Tetapi kita tidak mengetahui setiap rumahtangga mempunyai masalah tersendiri.Setiap pasangan mempunyai cara mereka sendiri untuk atasi setiap permasalahan.Sepatutnya kita bersyukur dikurniakan suami dan anak-anak yang sempurna dan sihat.Jika suami/isteri kita ada kekurangan terimalah ia seadanya.Jangan bandingkan suami/isteri kita dengan pasangan lain.Pupuk dan bajai rumahtangga kita dengan kasih sayang.Memang tidak dinafikan suami isetri tidak terlepas daripada bertengkar dan bergaduh.Dari situ kita muhasabah diri dan baiki kesilapan dan kelemahan diri.

Seringkali kita melihat orang lain lebih cantik daripada kita.Tetapi kita tidak menyedari kecantikan yang tuhan anugerahkan kepada setiap manusia adalah package yang lengkap .Kecantikan dilihat dari perspektif yang berlainan. Jadi tidak hairanlah seorang lelaki kacak bertemu jodoh dengan wanita yang tidak cantik.Ini kerana pada sudut pandangan lelaki tersebut isterinya adalah paling cantik begitulah sebaliknya.Biarlah tidak cantik dimata tetapi cantik dihati.


Aku juga hebat......
"RUMPUT TETANGGA SERING DILIHAT HIJAU DARI RUMPUT DI HALAMAN SENDIRI"

Begitulah manusia yang sering melihat kelebihan orang lain,tetapi tidak menyedari tentang kelebihan sendiri.   
 ############"ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN" ################
  • Jika anda fikir anda cantik, cantiklah anda.
  • Jika anda fikir anda hebat, hebatlah anda.
  • Jika anda fikir anda bahagia, bahagialah anda

                                              LAGU MERENUNG BULAN --AISYAH
   

 Terleka aku melihat kemesraan
mereka berpasang-pasangan 
 bersenda keriangan  
Bertanya aku pada diri sendiri  
 mengapa aku tersisih
 Diulit mimpi sedih 
 Haruskah aku membanding 
 Nasib diri dan tuah orang 
Haruskah aku melupakan 
 Segala kurniaan
 Entah mengapa mataku ini
 Halaman orang nampak berseri 
 Laman sendiri berwarna-warni tak bererti
 Terlalu asyik merenung bintang 
 Merenung bulan tinggi di awan 
 Bumi dipijak 
 Rumput yang hijau kulupakan
 Entah mengapa sering terlupa 
 Rahmat yang tiba berbeza-beza
 Untuk semua orang kurnianya tak terhingga
 Janganlah asyik memandang bintang 
 Merenung bulan tinggi di awan
 bumi dipijak 
 rumput yang hijau dilupakan

                                                                     
Kita perlu mengubah minda ke arah positif/think +ve










No comments:

Post a Comment


SELAMAT PENGANTIN BARU


Kepada pasangan yang akan berkahwin, selamat menempuh alam perkahwinan.Perkahwinan bukan jaminan kesetiaan dan kebahagian suami/isteri.Pelbagai kemungkinan akan dihadapi sepanjang menempuh alam perkahwinan samaada susah @senang, setia @ curang, bahagia @ derita ,dihargai@ tidak dan macam-macam lagi dugaan. Kita perlu 'set' minda kita dengan sebarang kemungkinan yang mendatang supaya kita dapat menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan bukan mengikut emosi."Ikut rasa binasa, ikut hati mati".
zwani.com myspace graphic comments