Kita fikir hidup kita susah. Tetapi hakikatnya ada orang yang hidupnya lebih susah ,ibarat "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".Kita bertuah lahir di bumi Malaysia yang aman dan kaya dengan hasil bumi.Negara kita mewah dengan aneka makanan, sebut saja nak makan apa.... MACAM-MACAM ADA. Kedai makan dibuka 24 jam, kedai mamak, KFC , Mac Donald dan banyak pilihan lain. Hulur saja duit ,makanan terhidang di depan mata. Yang ironisnya, rakyat negara kita mati kerana terlebih makan (mengundang penyakit) tetapi sesetengah negara seperti Afrika, rakyatnya mati kerana kekurangan makanan(kebuluran).Adakah kita hidup untuk makan, atau makan untuk hidup.
Kita fikir kita tidak boleh membuat sesuatu pekerjaan atau memikul tanggungjawab kerana tiada keupayaan dan keyakinan. Tetapi bagi golongan istimewa(OKU), mereka mampu melakukan sesuatu pekerjaan walaupun kekurangan anggota badan kerana mereka buang perasaan kekurangan diri sebaliknya tingkatkan jati diri .Kekurangan diri bukan penghalang untuk mereka berjaya. Jika ada kemahuan di situ ada jalan.
Kita fikir rumah kita tidak secantik dan sebesar rumah jiran tetangga.Tetapi bagi orang yang tidak mampu membeli dan menyewa rumah, sebuah pondok adalah tempat bagi mereka berteduh dari panas dan hujan.Alangkah malangnya jika rumah besar yang tersergam indah tiada penghuni kerana isi rumah sibuk mengejar harta dunia hanya bibik(pembantu rumah) tinggal sendirian menguruskan rumah.Biarlah rumah kecil tetapi isi rumahnya hidup bahagia dan melimpah dengan kasih sayang . "Rumahku syurgaku".
Kita fikir suami kita tidak sekaya orang lain. Tetapi sebenarnya kekayaan wang ringgit bukanlah jaminan hidup bahagia. Biarlah suami kita tidak kaya wang ringgit tetapi kaya dengan kasih sayang dan ilmu agama.Pasangan kita adalah sebaik-baik jodoh yang dianugerahkan kepada kita. Terimalah pasangan kita seadanya. Jangan mengharapkan sesuatu daripada pasangan jika ianya di luar kemampuan pasangan.Jangan khianati pasangan kerana sekali hati dilukai ,parutnya berbekas sampai bila-bila.
Bersyukurlah dengan nikmat yang telah tuhan kurniakan kepada kita.Tidak semestinya orang yang kita sangka kaya dan mempunyai rumah besar pasti membahagiakan.kadangkala orang miskin dan sederhana itu lebih tenang hidup mereka. Yang pasti segala milik/harta kita didunia tidak kekal ,kerana ia adalah kepunyaan Allah .Apabila tiba masanya Allah akan mengambil semula harta kita samada kita rela atau tidak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SELAMAT PENGANTIN BARU

Kepada pasangan yang akan berkahwin, selamat menempuh alam perkahwinan.Perkahwinan bukan jaminan kesetiaan dan kebahagian suami/isteri.Pelbagai kemungkinan akan dihadapi sepanjang menempuh alam perkahwinan samaada susah @senang, setia @ curang, bahagia @ derita ,dihargai@ tidak dan macam-macam lagi dugaan. Kita perlu 'set' minda kita dengan sebarang kemungkinan yang mendatang supaya kita dapat menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan bukan mengikut emosi."Ikut rasa binasa, ikut hati mati".
No comments:
Post a Comment