Pak Tam ...Nama kucing ni

Wednesday, 1 June 2011

 


Setiap musibah dan ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita ada hikmah disebaliknya.Janganlah kita menyalahkan takdir jika kita ditimpa kesusahan, kesedihan , kesakitan, dikhianati dll....  Lihatlah setiap musibah dari sudut pandangan positif supaya kita dapat menerimanya dengan hati yang tabah dan bukannya merosakkan diri sendiri dengan menangisi nasib.
  • Jika jatuh sakit --> hikmahnya kita akan lebih dekat kepada Allah. Siang malam kita memanjatkan doa supaya cepat sembuh. Kita juga akan mementingkan  kesihatan dengan menjaga pemakanan berbanding sebelum sakit.
  • Jika suami curang --> hikmahnya kita akan muhasabah diri dan cuba perbaiki kelemahan diri.Kita mula menjaga penampilan diri berbanding sebelumnya untuk memikat suami.Jika kita sayangkan keluarga kita akan pertahankan rumah tangga kita dan tidak akan mengalah kepada kekasih gelap suami.Jika kita telah berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan perkahwinan, selebihnya berserah kepada Allah. Jangan menderita hanya kerana seorang suami .Jika suami kita rasa lebih bahagia dengan kekasih gelapnya dan lupa setiap pengorbanan kita sebagai isterinya, lepaskan suami kita. Buat apa menangisi orang yang sudah tak sayang. Kita berhak untuk hidup bahagia.
  • Jika ditipu & dikhianati rakan --> hikmahnya kita akan berhati-hati mencari rakan.Kita tidak akan mudah percaya dengan orang yang baru dikenali .Kita juga tidak akan menceritakan kisah peribadi kepada orang lain.
  • Jika kereta rosak --> hikmahnya kita akan sentiasa pastikan kereta dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
  • Jika putus cinta --> hikmahnya kita mungkin akan mendapat pasangan yang lebih baik daripada bekas kekasih. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.Kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum.
  • Jika gagal dalam peperiksaan --> hikmahnya kita akan lebih berusaha dan belajar bersungguh-sungguh supaya tidak mengulangi kegagalan lepas.Pengalaman mengajar dan mematangkan kita. 
 Jangan bersedih dengan setiap ujian yang datang Allah sentiasa dekat dengan kita. Dont worry be happy. 












No comments:

Post a Comment


SELAMAT PENGANTIN BARU


Kepada pasangan yang akan berkahwin, selamat menempuh alam perkahwinan.Perkahwinan bukan jaminan kesetiaan dan kebahagian suami/isteri.Pelbagai kemungkinan akan dihadapi sepanjang menempuh alam perkahwinan samaada susah @senang, setia @ curang, bahagia @ derita ,dihargai@ tidak dan macam-macam lagi dugaan. Kita perlu 'set' minda kita dengan sebarang kemungkinan yang mendatang supaya kita dapat menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan bukan mengikut emosi."Ikut rasa binasa, ikut hati mati".
zwani.com myspace graphic comments