Beristeri empat bukannya mudah seperti membilang 1,2,3 dan 4. Sebaliknya tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul oleh si suami amatlah berat. Ianya bukan setakat berkemampuan dari segi kewangan sebaliknya kemampuan untuk berlaku adil dalam memenuhi tuntutan zahir dan batin isteri-isteri yang dikahwininya.
Tiada salahnya berkahwin empat jika berkemampuan.Apabila mempunyai empat orang isteri,bermakna suami perlu pandai membahagikan masa untuk setiap isteri-isteri.Oleh kerana kesibukan bekerja, masa untuk bersama-sama dengan setiap isteri dan anak-anak akan berkurang. Isteri-isteri terpaksa berkorban perasaan masing-masing bagi meneruskan kehidupan bermadu.
Janganlah mengambil risiko untuk beristeri lebih daripada satu jika tiada berkemampuan. Takut "Yang dikejar tak dapat, yang di kendong berciciran". Bahagiakanlah terlebih dahulu isteri dan anak-anak.Lengkapkan mereka dengan ilmu dunia dan akhirat serta penuhi tuntutan zahir dan batin isteri.Jangan Jadi seperti perumpamaan " Anak beruk disusukan, anak sendiri mati kelaparan".Janganlah memikirkan nafsu diri semata-mata.
No comments:
Post a Comment