Sering kali kita beranggapan orang lain lebih hebat daripada kita . Sedangkan kita tidak menyedari tentang kehebatan diri sendiri.Kita sering rasa rendah diri apabila melihat kehebatan orang lain. Sedangkan orang lain juga merasa rendah diri apabila melihat kehebatan kita.Jangan biarkan kehebatan orang lain itu menjadikan kita kurang yakin dan rendah diri.Tidak adil jika kita membandingkan diri dengan orang lain yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun sedangkan kita baru setahun jagung.Untuk adil kepada diri, kita sepatutnya berusaha untuk setaraf dengan orang yang banyak pengalaman.Kita ada kelebihan dan kehebatan diri sendiri.Sebenarnya ketakutan,tiada keyakinan, perasaan malu telah menutupi kehebatan diri sendiri .Lawan perasaan takut,malu dan rendah diri yang bersarang dalam diri.Jangan biarkan perasaan tersebut menguasai diri dan menghalang potensi diri.
Seringkali kita melihat orang lain bahagia bersama suami dan keluarga masing-masing.Tetapi kita tidak mengetahui setiap rumahtangga mempunyai masalah tersendiri.Setiap pasangan mempunyai cara mereka sendiri untuk atasi setiap permasalahan.Sepatutnya kita bersyukur dikurniakan suami dan anak-anak yang sempurna dan sihat.Jika suami/isteri kita ada kekurangan terimalah ia seadanya.Jangan bandingkan suami/isteri kita dengan pasangan lain.Pupuk dan bajai rumahtangga kita dengan kasih sayang.Memang tidak dinafikan suami isetri tidak terlepas daripada bertengkar dan bergaduh.Dari situ kita muhasabah diri dan baiki kesilapan dan kelemahan diri.

Seringkali kita melihat orang lain lebih cantik daripada kita.Tetapi kita tidak menyedari kecantikan yang tuhan anugerahkan kepada setiap manusia adalah package yang lengkap .Kecantikan dilihat dari perspektif yang berlainan. Jadi tidak hairanlah seorang lelaki kacak bertemu jodoh dengan wanita yang tidak cantik.Ini kerana pada sudut pandangan lelaki tersebut isterinya adalah paling cantik begitulah sebaliknya.Biarlah tidak cantik dimata tetapi cantik dihati.
 |
Aku juga hebat...... |
"RUMPUT TETANGGA SERING DILIHAT HIJAU DARI RUMPUT DI HALAMAN SENDIRI"
Begitulah manusia yang sering melihat kelebihan orang lain,tetapi tidak menyedari tentang kelebihan sendiri.
############"ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN" ################
- Jika anda fikir anda cantik, cantiklah anda.
- Jika anda fikir anda hebat, hebatlah anda.
- Jika anda fikir anda bahagia, bahagialah anda
LAGU MERENUNG BULAN --AISYAH
Terleka aku melihat kemesraan
mereka berpasang-pasangan
bersenda keriangan
Bertanya aku pada diri sendiri
mengapa aku tersisih
Diulit mimpi sedih
Haruskah aku membanding
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan
Entah mengapa mataku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna-warni tak bererti
Terlalu asyik merenung bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak
Rumput yang hijau kulupakan
Entah mengapa sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua orang kurnianya tak terhingga
Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
bumi dipijak
rumput yang hijau dilupakan
 |
Kita perlu mengubah minda ke arah positif/think +ve |