Pak Tam ...Nama kucing ni

Friday, 29 April 2011

SERONOK BEKERJA VS PENAT BEKERJA

Saya tertarik dengan artikel Dr Muhamad bin Jantan dalam Mingguan wanita .Di sini saya ingin berkongsi tulisan Dr Muhamad dengan anda yang tidak berkesempatan membaca mingguan wanita.Antara petikan artikel tersebut......Apabila lahir kebumi, manusia secara fitrah dibekalkan dengan tanggungjawab dan amanah hidup. Jesteru itu Allah memerintahkan kita untuk terus bekerja dan beramal sehingga ke akhir hayat.Bagi individu yang sedar akan tanggungjawab ini, kepuasan dan keseronokan dalam kerja dan amal merupakan matlamat dalam hidup. keseronokan kerja itu akan membawa kita ke arah matlamat yang ingin kita capai yang akhirnya akan membuahkan kejayaan yang kita impikan.Kita harus tukar cara hidup ke arah yang lebih produktif.Rasakan bahawa setiap hari-hari yang kita lalui merupakan hari2 baru dalam hidup ini. Kita bukannya yang semalam tetapi kita adalah apa yang kita lakukan pada hari ini dan akan datang. Jika sebelum ini kita sering memikirkan tentang kegagalan dalam hidup maka kita ubah cara berfikir itu.

No comments:

Post a Comment


SELAMAT PENGANTIN BARU


Kepada pasangan yang akan berkahwin, selamat menempuh alam perkahwinan.Perkahwinan bukan jaminan kesetiaan dan kebahagian suami/isteri.Pelbagai kemungkinan akan dihadapi sepanjang menempuh alam perkahwinan samaada susah @senang, setia @ curang, bahagia @ derita ,dihargai@ tidak dan macam-macam lagi dugaan. Kita perlu 'set' minda kita dengan sebarang kemungkinan yang mendatang supaya kita dapat menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan bukan mengikut emosi."Ikut rasa binasa, ikut hati mati".
zwani.com myspace graphic comments