Pak Tam ...Nama kucing ni

Friday, 29 April 2011

CABARAN SEORANG GURU

Guru sering dikaitkan dengan ' lilin yang membakar dirinya sendiri'. Oleh itu untuk menjadi seorang guru, seseorang itu harus memiliki azam yang tinggi dan tidak mudah putus asa untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna.Sebagai seorang guru, sikap kental perlu ada untuk memimpin pelajar .Jika guru itu sendiri bersikap lemah, maka lemahlah anak didik mereka . Ini kerana guru menjadi 'role model' kepada para pelajar.
Selain itu untuk bergelar seorang guru, perlu ada sikap penyabar. Pelbagai karenah dan masalah disiplin yang perlu ditangani oleh guru.Hal yang demikian , guru harus pandai mengambil hati pelajar dan tidak cepat melenting. Menggunakan kaedah psikologi untuk menangani pelajar bermasalah, lebih berkesan jika dibandingkan dengan kekerasan.Jika kekerasan digunakan, pelajar akan lebih memberontak.
Setiap 16 MEI sambutan hari guru diadakan.Kepada semua warga pendidik yang tak jemu-jemu menabur bakti kepada anak didik #SELAMAT HARI GURU#.

No comments:

Post a Comment


SELAMAT PENGANTIN BARU


Kepada pasangan yang akan berkahwin, selamat menempuh alam perkahwinan.Perkahwinan bukan jaminan kesetiaan dan kebahagian suami/isteri.Pelbagai kemungkinan akan dihadapi sepanjang menempuh alam perkahwinan samaada susah @senang, setia @ curang, bahagia @ derita ,dihargai@ tidak dan macam-macam lagi dugaan. Kita perlu 'set' minda kita dengan sebarang kemungkinan yang mendatang supaya kita dapat menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan bukan mengikut emosi."Ikut rasa binasa, ikut hati mati".
zwani.com myspace graphic comments