Pak Tam ...Nama kucing ni

Saturday, 3 September 2011

sakit apendik

A.P.E.N.D.I.K?  Saya biasa mendengar penyakit apendik, tetapi tidak mengambil  tahu tentang penyakit ini dengan lebih serius. Tetapi apabila ahli keluarga sendiri yang terkena penyakit ini barulah berusaha ingin tahu apakah penyakit apendik, punca dan kesannya.

Dari pembacaan melalui internet, apendik adalah merupakan anggota yang tidak berguna yang terdapat dalam badan. Ianya terletak di bawah usus buntu dan berdekatan dengan usus kecil dan usus besar. Penyakit apendik boleh terjadi apabila apendik ini terkena jangkitan. Sebab-sebab jangkitan ialah makanan yang tersumbat, pembuangan najis yang tidak lawas , jangkitan kuman dan jangkitan cacing.


Kebanyakan pesakit akan merasa sakit di sebelah kanan di bahagian bawah perut, demam ringan, muntah-muntah , atau berpeluh. Tahap paling merbahaya ialah apabila apendik pecah dan boleh mengakibatkan maut.

Berdasarkan maklumat di atas ,anak saya mempunyai tanda-tanda seperti sakit sebelah kanan bawah perut dan muntah-muntah. Pada awalnya tak jangka anak kena sakit apendik. Pada hari raya pertama 30/8/2011 anak saya ceria dan begitu juga pada hari raya kedua, makan apa sahaja mengikut seleranya.Tetapi pada malam 31/8/2011, sebaik pulang berhari raya di rumah nenek ,anak saya muntah-muntah dan mengadu sakit perut. Pada malam itu juga kakak membawa anak ke klinik ,tetapi doktor jangkakan keracunan makanan dan beri ubat. Tetapi sakit anak saya tidak surut, dan anak saya tidak berselera makan. Sebaik diberi makan ,dia akan muntah. Apabila perutnya disentuh di bahagian kanan dia akan mengadu sakit. Tidak sanggup melihat keadaannya yang sakit dan lemah , saya dan suami membuat keputusan membawa anak ke KPJ Bandar perda. sebaik berjumpa doktor iaitu MR.R.Padmanathan , beliau mensyaki anak saya  sakit apendik dan mencadangkan anak saya dibedah pada malam itu juga. Tidak mengambil masa lama untuk berfikir suami bersetuju  supaya anak saya di bedah. Tetapi dalam hati saya masih berharap agar jangkaan doktor salah selepas buat scan dan ujian darah. Setelah buat scan dan ujian darah doktor pasti anak saya sakit apendik dan dengan berat hati saya tandatangan membenarkan doktor buat pembedahan demi keselamatan dan kesihatan anak saya.
  Dua malam saya tidur di KPJ untuk menjaga anak saya dan siangnya suami pulak bergilir menjaga anak saya . Moga Muhammad Ikwan cepat sembuh seperti biasa.
Saya berterima kasih kepada doktor , jururawat dan  kakitangan KPJ Bandar Perda kerana memberi layanan yang baik sepenjang anak saya menerima rawatan .

Sunday, 28 August 2011

uji minda

1



2
  good luck

lihat titik hitam dibahagian tengah selama 10 saat dan kemudian
alih pandangan pada permukaan putih

3




4










Saturday, 27 August 2011

Hidup bahagia

  Adakah kita hidup bahagia? Inilah persoalan yang sukar dijawab oleh kebanyakan daripada kita.Baru-baru ini saya terbaca artikel dalam majalah MIDI yang bertajuk "Ambillah keputusan untuk bahagia". Saya tertarik dengan isi kandungan artikel tersebut lalu jari-jari ini laju menaip setiap perkataan yang terdapat dalam artikel tersebut. Kandungan artikel tersebut diharap dapat menaikkan semangat saya dan rakan-rakan yang membacanya.
 
  "  Bahagia bukanlah suatu objek. Malah ia bukan satu pencapaian yang boleh diukur dengan tepat. Dalam hidup ini bahagia dan duka datang silih berganti. Ada masanya kita bahagia , seronok dan puas dalam perhubungan dengan pasangan, sebaliknya di masa lain kita mungkin mengalami kekecewaan , sedih, geram dan lain-lain.

    Namun percayalah bahawa anda boleh mengambil keputusan untuk bahagia walaupun rumahtangga dan hubungan anda dengan pasangan sedang mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran.Andalah yang perlu menentukan kebahagian anda sendiri.

Caranya mudah sahaja . setiap hari bangun dari tidur , katakan pada diri bahawa anda adalah orang paling bahagia. Pandang pada cermin dengan penuh rasa gembira serta berikan senyuman yang tulen. Katakan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas pada diri anda sendiri.


  Kata-kata semangat ini akan bertindak sebagai satu program mental yang menyampaikan kepada minda bawah sedar anda yang secara tidak langsung akan melahirkan perasaan bahagia sebenar dalam hati anda. Cubalah lakukan aktiviti ini setiap hari tanpa henti dan lihat kesannya."

     Moral dari membaca artikel di atas saya berpendapat , kita berhak untuk hidup bahagia dan gembira kerana hidup di dunia hanya sekali. Jangan persia-siakan hidup hanya dengan bersedih dan menyesali nasib diri.  

Manakah pilihan anda?

    









Monday, 22 August 2011

KEMATIAN

   Kematian itu adalah pasti. Setiap makhluk yang hidup di muka bumi ini pasti akan merasai mati. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Kita tidak tahu bilakah kita akan dicabut nyawa oleh Allah dan bagaimanakah cara seseorang itu akan mati. Begitulah juga dengan harta benda yang dimiliki di dunia akan ditinggalkan walaupun sehelai baju. Ketika itu kain putih yang membaluti badan dan hanya amalan di dunia sebagai bekalan di akhirat.
  Menyebut tentang kematian,saya baru saya kehilangan seorang ayah yang amat dikasihi.Pada hari khamis 18 hb Ogos 2011 bersamaan 18 Ramadhan, tepat pukul 4.45 ayah telah menyambut panggilan Ilahi.Saya menerima berita ayah meninggal dunia ketika baru pulang dari sekolah. Sebaik saja adik menelefon tentang berita sedih itu, air mata mengalir laju dipipi tanpa dipaksa.Saya dimaklumkan ayah akan dikebumikan pada malam itu juga  dan kebetulan malam itu malam jumaat. Kata putus telah dibuat, ayah akan dikebumikan selepas sembahyang tarawih. Saya sekeluarga bertolak pulang ke kampung apada pukul 6.00 petang. Sepanjang dalam perjalanan tersebut, saya berdoa moga saya dapat dipertemukan dengan ayah buat kali terakhir. Perjalanan terasa begitu perlahan, dan ada ketikanya mahu saja saya menyuruh suami memandu laju.
      Alhamdulillah saya sampai ketika ayah sedang dimandikan.Sebaik sampai , kaki laju masuk kerumah dan air mata turun laju tanpa dapat ditahan-tahan sebaik saja disambut oleh kakak dan emak.Ramai jiran , saudara mara dan rakan terdekat ayah yang datang dan bersama-sama sembahyangkan ayah.Selepas dikapankan , kami adik beradik dan saudara mara diberi  kesempatan untuk mencium arwah ayah. Tiba masanya ayah dibawa ke dalam van untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Ketoyong. Hati menjadi hiba kerana terpaksa berpisah selama-lamanya dengan ayah.Walaupun pemergian ayah ditangisi tetapi kami redha dengan ketentuan Allah.Hanya doa kami iringi semoga roh ayah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Walaupun ayah telah tiada ,kenangan bersama-sama ayah tetap terpahat di dalam kenangan.
   Emak dan adik-adik yang menjaga ayah sepanjang ayah terlantar sakit pasti akan lebih merasai kehilangan ayah. Pengorbanan kalian menjaga ayah,amat disanjung, moga Allah membalasnya.

Moga Allah melimpahi Rahmat keatas roh ayah . Amin . Al-fatihah.

Saturday, 6 August 2011

Keinsafan diri

29,000 KORBAN KEBULURAN DI SOMALIA,  begitulah tajuk berita yang disiarkan dalam surat khabar Mingguan Malaysia bertarikh 7/8/2011. Hati menjadi hiba apabila terpandang gambar seorang kanak-kanak yang kelaparan sedang menyuapkan makanan di khemah perlindungan Mogadishu, Somalia.Ketika umat islam seluruh dunia menyambut Ramadan dan menikmati kemewahan berbuka puasa , penduduk Somalia bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan akibat kebuluran kerana kemarau di negara mereka.Kebanyakan mangsa korban akibat kebuluran adalah kanak-kanak di bawah umur lima tahun.
   Keinsafan datang menerpa dalam diri , apabila melihat kanak-kanak somalia bermata kuyu, dihurung lalat sambil memegang bekas makanan yang kosong.Alangkah beruntungnya rakyat negara kita yang dilimpahi dengan kemewahan makanan. Pembaziran makanan jelas dilihat ketika bulan Ramadhan. Alangkah baiknya jika rakyat negara kita mengambil iktibar daripada tragedi kebuluran di Somalia bagi mengelakkan pembaziran yang melampau setiap kali tibanya bulan Ramadhan. Bersederhana berbelanja untuk berbuka puasa dan bersyukurlah dengan nikmat Allah.
   Allah mewajibkan setiap umat islam berpuasa supaya kita sama-sama dapat merasai lapar dan dahaga sebagaimana yang dirasai oleh orang-orang yang sedang kelaparan. Banyakkan bersedekah di bulan ramadhan ini.Bersedekahlah dengan ikhlas walaupun hanya RM 1 kerana tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.Niatkan dalam hati bersedekah kerana Allah dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk.
Bersedekah tidak akan menyebabkan kita jatuh miskin sebaliknya akan membuatkan kita semakin kaya.Harta kekayaan kita sebahagiannya adalah milik orang miskin.Semakin banyak kita bersedekah semakin banyak rezeki yang tuhan limpahkan kepada kita .

Selain daripada sedekah wang ringgit dan harta benda,senyum juga adalah merupakan sedekah.lemparkan senyuman kepada semua orang dengan penuh keikhlasan dan bukan senyum kelat.
Kurangkan manis dalam minuman , banyakkan manis dalam senyuman. Melalui senyuman kita dapat merapatkan persaudaraan sesama islam. Orang yang tidak lokek dengan senyuman mudah mendapat ramai kenalan.  Senyumlah jika kita mahu orang tersenyum kepada kita.




Friday, 10 June 2011

MUTIARA KATA

Kebahagian ilmu pengetahuan itu bersifat tetap,
Keagungannya kekal,
Namanya selalu dikenang,                                                         
Sedangkan....
Kebahagiaan memiliki harta akan lenyap,
Keagungannya akan hilang,
Dan namanya segera dilupakan

 

Wednesday, 8 June 2011

KEPUASAN DIRI

Cuti sekolah selama dua minggu memberi peluang kepada diri sendiri untuk merancang pelbagai aktiviti yang berfaedah. Aktiviti yang dirancang dapat mengelak dari membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan hasil. Hari-hari yang kita lalui tidak akan datang semula.Kita perlu rebut peluang yang ada tanpa menunggu. Masa begitu pantas bergerak hinggakan cuti dua minggu sudah sampai penghujungnya.
Sepanjang cuti tersebut banyak aktiviti telah berjaya dilakukan. Walaupun hasilnya tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya memberi kepuasan kepada diri sendiri. Coretan ini hanya untuk menzahirkan kepuasan diri dan bukannya untuk bermegah-megah apatah lagi menunjuk-nunjuk.Ini juga sebagai satu usaha memotivasi diri sendiri .Coretan ini sebagai permulaan untuk mengasah bakat menulis. Manalah tahu apabila pencen , boleh tulis buku untuk diterbitkan. Hehehehe.  Ada pepatah "kalau tidak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Ada masa senggang, boleh baca semula coretan ni.

Banyak juga masa cuti digunakan untuk memperbaiki laman blog sendiri.Hasilnya lagu yang dicari berjaya dimuatkan dalam blog . Walaupun blog sendiri tidak sehebat blog orang lain tetapi sekurang-kurangnya telah memberikan kepuasan kepada diri. Tujuan menulis dalam blog ini adalah sebagai satu cara untuk mengembang dan mengasah bakat dalam bidang penulisan walaupun sebenarnya tak ada bakatpun. Masa cuti sekolah ni , banyak pulak idea yang datang . Semua catatan atau coretan dalam blog ini bukan tujuan memburukkan sesiapa tetapi ianya sebagai  panduan dan pedoman untuk diri sendiri sahaja.


Merangkak sebelum memanjat tangga besi



Hari pertama cuti persekolahan(28/5/2011), adakan lawatan sehari ke Pulau Pinang. Seramai 34 pelajar dan 4 orang guru telah mengikuti rombongan tersebut. Tempat-tempat yang dilawati antaranya Muzium Perang di Batu maung Pulau Pinang. Di Muzium perang pelajar diberi penerangan tentang sejarah pendudukan Jepun dan british  di Tanah Melayu. Banyak kesan peninggalan penjajah ada di Muzium tersebut. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah apabila terpaksa merangkak ke dalam terowong dan mendaki tangga besi.Yang melucukan kasut yang dipakai terkopak tetapi masih bertahan sehinggalah selamat sampai ke rumah.



Antara bonzai yg dipertandingkan

Pelajar juga dibawa melawat Botanical Garden.Kebetulan pada hari kami ke sana telah diadakan pesta bunga. Pelbagai jenis bunga bonzai yang bertanding dipamerkan dan kesemuanya cantik-cantik. Tidak ketinggalan juga jualan pelbagai pokok bunga, rabun mata dibuatnya. Sebagai kenang-kenangan, belilah dua pasu pokok bunga .





 Selepas makan tengahari, singgah pula sembahyang di masjid terapung di Tanjung Bunga. Sungguh cantik pemandangan di masjid tersebut. Kita boleh nampak bot-bot nelayan yang tersadai di tepi pantai. Pelajar'posing' sakan bergambar di tepi masjid yang berlatarbelakang bot-bot.
pelajar bergambar di luar Muzium Negeri

Destinasi seterusnya, pelajar dibawa melawat muzium negeri .Peristiwa yang tidak disangka-sangka ,terserempak dengan rakan lama yang berpindah ke sekolah baru.Kebetulan rakan saya tu membawa pelajarnya melawat ke Pulau Pinang pada hari yang sama. Tak dapat berborak panjang kerana ada lagi satu destinasi terakhir lawatan iaitu Padang Kota.

Setelah sehari berjalan, rombongan kami bertolak pulang tepat pada pukul 5.00 petang. Kepuasan yang diperolehi semasa membawa pelajar melawat ke Pulau Pinang ialah apabila melihat wajah ceria yang terpancar di wajah pelajar .Para pelajar juga enjoy sepanjang lawatan tersebut. Lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti kelab. Alhamdulillah semuanya selamat dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Masa cuti juga diguna untuk menyemak kertas jawapan peperiksaan pertengahan tahun Kemahiran Hidup.Ada pelajar yang perolehi markah tertinggi walaupun pelajar beranggapan soalan peperiksaan susah. Kepuasan  diperolehi apabila pelajar menunjukkan pencapaian yang baik , jadi tak sia-sia ilmu yang dicurahkan di dalam kelas. Markah juga telah di "key in" dalam komputer.

 Mengecat rumah sudah lama ada dalam perancangan. Tetapi kekangan masa telah membantutkan usaha tersebut. Tetapi alhamdulillah masa cuti sekolah ni ,dapat diguna untuk mengecat sebahagian rumah dengan warna asal. Walaupun bukan semua bahagian rumah dicat tetapi hati puas kerana berjaya mengecat dinding yang berconteng tanpa bantuan sesiapa.Hasilnya rumah nampak bersih selepas dicat.


Mandi di kolam

Cuti yang panjang juga menyebabkan anak-anak cepat 'boring'. Untuk menghilang perasaan boring anak-anak, suami membawa kami sekeluarga bermalam di Safira Resort selama 2 malam. Siangnya anak-anak di bawa mandi di kolam yang terdapat di Resort tersebut. Kegembiraan terpancar dimuka anak-anak dan ini memberi kepuasan kepada diri kerana masa cuti beginilah dapat mengeratkan hubungan keluarga.

Tempat menggantung pakaian yang berusia 3 tahun telah rosak. Asalnya nak buang saja,tetapi  datang idea untuk baiki dan jadikan tempat menggantung tuala. Atas usaha sendiri,lalu kaki penggantung pakaian tersebut dipotong dengan gergaji dan tinggallah bahagian atas sahaja . Bahagian yang tinggal ini akhirnya dijadikan tempat menggantung tuala empat orang anak. Kepuasannya ialah dapat menghasilkan tempat menggantung tuala tanpa perlu mengeluarkan wang maklumlah harga perabut sekarang ni mahal.


Salah satu tugas guru penasihat kelab/persatuan adalah merancang aktiviti sepanjang tahun. Aktiviti yang dirancang perlulah melibatkan penyertaan semua ahli. Aktiviti yang dirancang juga mestilah dapat menarik minat ahli kelab dan tidak membosankan. Semasa memikirkan aktiviti yang hendak dijalankan, datang idea untuk membuat aktiviti menguji minda dan sudoku. Akhirnya soalan menguji minda dan sudoku siap dihasilkan , dan tunggu hari perjumpaan kelab untuk dilaksanakan.

Saturday, 4 June 2011

SELAMAT HARI GURU

Setiap 16 Mei sambutan hari guru diadakan bagi menghargai sumbangan para pendidik. Sebagai tanda terima kasih kepada guru ada pelajar yang memberi hadiah kepada guru-guru mereka.Bukan hadiah berupa material yang diharapkan oleh seorang guru tetapi kejayaan para pelajar merupakan hadiah paling bermakna. "TERIMA KASIH CIKGU" itulah ungkapan yang sungguh menyentuh perasaan guru. 

Segala pengorbanan dan jasa guru mendidik pelajar bukanlah mengharapkan balasan.Sebaliknya guru akan berasa puas apabila segala tunjuk ajarnya dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar.Bukannya "mencurah air di atas daun keladi".Guru-guru yang ikhlas mendidik pelajar sanggup mengorbankan wang ringgit dan masa mereka .

Setiap perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan.Begitulah janji Allah kepada setiap orang yang melakukan kebaikan. 



TUAH BADAN



Di sana sini orang memperkatakan betapa bertuahnya Salih Yaccob. Siapa tidak kenal Salih Yaccob, juruhebah Sinar FM.Ramai lelaki bujang dan para suami cemburu dengan Salih Yaccob.Apakan tidak, Salih Yaccob telah memenuhi kuota beristeri empat.

Beristeri empat bukannya mudah seperti membilang 1,2,3 dan 4. Sebaliknya tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul oleh si suami amatlah berat. Ianya bukan setakat berkemampuan dari segi kewangan sebaliknya kemampuan untuk berlaku adil dalam memenuhi tuntutan zahir dan batin isteri-isteri yang dikahwininya.

Tiada salahnya berkahwin empat jika berkemampuan.Apabila mempunyai empat orang isteri,bermakna suami perlu pandai membahagikan masa untuk setiap isteri-isteri.Oleh kerana kesibukan bekerja, masa untuk bersama-sama dengan setiap isteri dan anak-anak akan berkurang. Isteri-isteri terpaksa berkorban perasaan masing-masing bagi meneruskan kehidupan bermadu.


Janganlah mengambil risiko untuk beristeri lebih daripada  satu jika tiada berkemampuan. Takut "Yang dikejar tak dapat, yang di kendong berciciran". Bahagiakanlah terlebih dahulu isteri dan anak-anak.Lengkapkan mereka dengan ilmu dunia dan akhirat serta penuhi tuntutan zahir dan batin isteri.Jangan Jadi seperti perumpamaan " Anak beruk disusukan, anak sendiri mati kelaparan".Janganlah memikirkan nafsu diri semata-mata.

Friday, 3 June 2011

SEMANGAT KERJASAMA


 
Hindari diri dari menjadi manusia yang
suka berpuak-puak dan berpecah belah.
Contohi resam semut apabila bertemu
seakan bersalam dan suka bekerjasama
di antara satu sama lain.



SELAMAT PENGANTIN BARU


Kepada pasangan yang akan berkahwin, selamat menempuh alam perkahwinan.Perkahwinan bukan jaminan kesetiaan dan kebahagian suami/isteri.Pelbagai kemungkinan akan dihadapi sepanjang menempuh alam perkahwinan samaada susah @senang, setia @ curang, bahagia @ derita ,dihargai@ tidak dan macam-macam lagi dugaan. Kita perlu 'set' minda kita dengan sebarang kemungkinan yang mendatang supaya kita dapat menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan bukan mengikut emosi."Ikut rasa binasa, ikut hati mati".
zwani.com myspace graphic comments