Kematian itu adalah pasti. Setiap makhluk yang hidup di muka bumi ini pasti akan merasai mati. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Kita tidak tahu bilakah kita akan dicabut nyawa oleh Allah dan bagaimanakah cara seseorang itu akan mati. Begitulah juga dengan harta benda yang dimiliki di dunia akan ditinggalkan walaupun sehelai baju. Ketika itu kain putih yang membaluti badan dan hanya amalan di dunia sebagai bekalan di akhirat.
Menyebut tentang kematian,saya baru saya kehilangan seorang ayah yang amat dikasihi.Pada hari khamis 18 hb Ogos 2011 bersamaan 18 Ramadhan, tepat pukul 4.45 ayah telah menyambut panggilan Ilahi.Saya menerima berita ayah meninggal dunia ketika baru pulang dari sekolah. Sebaik saja adik menelefon tentang berita sedih itu, air mata mengalir laju dipipi tanpa dipaksa.Saya dimaklumkan ayah akan dikebumikan pada malam itu juga dan kebetulan malam itu malam jumaat. Kata putus telah dibuat, ayah akan dikebumikan selepas sembahyang tarawih. Saya sekeluarga bertolak pulang ke kampung apada pukul 6.00 petang. Sepanjang dalam perjalanan tersebut, saya berdoa moga saya dapat dipertemukan dengan ayah buat kali terakhir. Perjalanan terasa begitu perlahan, dan ada ketikanya mahu saja saya menyuruh suami memandu laju.
Alhamdulillah saya sampai ketika ayah sedang dimandikan.Sebaik sampai , kaki laju masuk kerumah dan air mata turun laju tanpa dapat ditahan-tahan sebaik saja disambut oleh kakak dan emak.Ramai jiran , saudara mara dan rakan terdekat ayah yang datang dan bersama-sama sembahyangkan ayah.Selepas dikapankan , kami adik beradik dan saudara mara diberi kesempatan untuk mencium arwah ayah. Tiba masanya ayah dibawa ke dalam van untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Ketoyong. Hati menjadi hiba kerana terpaksa berpisah selama-lamanya dengan ayah.Walaupun pemergian ayah ditangisi tetapi kami redha dengan ketentuan Allah.Hanya doa kami iringi semoga roh ayah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Walaupun ayah telah tiada ,kenangan bersama-sama ayah tetap terpahat di dalam kenangan.
Emak dan adik-adik yang menjaga ayah sepanjang ayah terlantar sakit pasti akan lebih merasai kehilangan ayah. Pengorbanan kalian menjaga ayah,amat disanjung, moga Allah membalasnya.
Moga Allah melimpahi Rahmat keatas roh ayah . Amin . Al-fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SELAMAT PENGANTIN BARU

Kepada pasangan yang akan berkahwin, selamat menempuh alam perkahwinan.Perkahwinan bukan jaminan kesetiaan dan kebahagian suami/isteri.Pelbagai kemungkinan akan dihadapi sepanjang menempuh alam perkahwinan samaada susah @senang, setia @ curang, bahagia @ derita ,dihargai@ tidak dan macam-macam lagi dugaan. Kita perlu 'set' minda kita dengan sebarang kemungkinan yang mendatang supaya kita dapat menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan bukan mengikut emosi."Ikut rasa binasa, ikut hati mati".
No comments:
Post a Comment