Pak Tam ...Nama kucing ni

Saturday, 27 August 2011

Hidup bahagia

  Adakah kita hidup bahagia? Inilah persoalan yang sukar dijawab oleh kebanyakan daripada kita.Baru-baru ini saya terbaca artikel dalam majalah MIDI yang bertajuk "Ambillah keputusan untuk bahagia". Saya tertarik dengan isi kandungan artikel tersebut lalu jari-jari ini laju menaip setiap perkataan yang terdapat dalam artikel tersebut. Kandungan artikel tersebut diharap dapat menaikkan semangat saya dan rakan-rakan yang membacanya.
 
  "  Bahagia bukanlah suatu objek. Malah ia bukan satu pencapaian yang boleh diukur dengan tepat. Dalam hidup ini bahagia dan duka datang silih berganti. Ada masanya kita bahagia , seronok dan puas dalam perhubungan dengan pasangan, sebaliknya di masa lain kita mungkin mengalami kekecewaan , sedih, geram dan lain-lain.

    Namun percayalah bahawa anda boleh mengambil keputusan untuk bahagia walaupun rumahtangga dan hubungan anda dengan pasangan sedang mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran.Andalah yang perlu menentukan kebahagian anda sendiri.

Caranya mudah sahaja . setiap hari bangun dari tidur , katakan pada diri bahawa anda adalah orang paling bahagia. Pandang pada cermin dengan penuh rasa gembira serta berikan senyuman yang tulen. Katakan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas pada diri anda sendiri.


  Kata-kata semangat ini akan bertindak sebagai satu program mental yang menyampaikan kepada minda bawah sedar anda yang secara tidak langsung akan melahirkan perasaan bahagia sebenar dalam hati anda. Cubalah lakukan aktiviti ini setiap hari tanpa henti dan lihat kesannya."

     Moral dari membaca artikel di atas saya berpendapat , kita berhak untuk hidup bahagia dan gembira kerana hidup di dunia hanya sekali. Jangan persia-siakan hidup hanya dengan bersedih dan menyesali nasib diri.  

Manakah pilihan anda?

    









No comments:

Post a Comment


SELAMAT PENGANTIN BARU


Kepada pasangan yang akan berkahwin, selamat menempuh alam perkahwinan.Perkahwinan bukan jaminan kesetiaan dan kebahagian suami/isteri.Pelbagai kemungkinan akan dihadapi sepanjang menempuh alam perkahwinan samaada susah @senang, setia @ curang, bahagia @ derita ,dihargai@ tidak dan macam-macam lagi dugaan. Kita perlu 'set' minda kita dengan sebarang kemungkinan yang mendatang supaya kita dapat menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan bukan mengikut emosi."Ikut rasa binasa, ikut hati mati".
zwani.com myspace graphic comments