Wednesday, 22 June 2011
Friday, 10 June 2011
MUTIARA KATA
Kebahagian ilmu pengetahuan itu bersifat tetap,
Keagungannya kekal,
Namanya selalu dikenang,
Sedangkan....
Kebahagiaan memiliki harta akan lenyap,
Keagungannya akan hilang,
Dan namanya segera dilupakan
Keagungannya kekal,
Namanya selalu dikenang,
Sedangkan....
Kebahagiaan memiliki harta akan lenyap,
Keagungannya akan hilang,
Dan namanya segera dilupakan
Wednesday, 8 June 2011
KEPUASAN DIRI
Cuti sekolah selama dua minggu memberi peluang kepada diri sendiri untuk merancang pelbagai aktiviti yang berfaedah. Aktiviti yang dirancang dapat mengelak dari membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan hasil. Hari-hari yang kita lalui tidak akan datang semula.Kita perlu rebut peluang yang ada tanpa menunggu. Masa begitu pantas bergerak hinggakan cuti dua minggu sudah sampai penghujungnya.
Sepanjang cuti tersebut banyak aktiviti telah berjaya dilakukan. Walaupun hasilnya tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya memberi kepuasan kepada diri sendiri. Coretan ini hanya untuk menzahirkan kepuasan diri dan bukannya untuk bermegah-megah apatah lagi menunjuk-nunjuk.Ini juga sebagai satu usaha memotivasi diri sendiri .Coretan ini sebagai permulaan untuk mengasah bakat menulis. Manalah tahu apabila pencen , boleh tulis buku untuk diterbitkan. Hehehehe. Ada pepatah "kalau tidak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Ada masa senggang, boleh baca semula coretan ni.
Banyak juga masa cuti digunakan untuk memperbaiki laman blog sendiri.Hasilnya lagu yang dicari berjaya dimuatkan dalam blog . Walaupun blog sendiri tidak sehebat blog orang lain tetapi sekurang-kurangnya telah memberikan kepuasan kepada diri. Tujuan menulis dalam blog ini adalah sebagai satu cara untuk mengembang dan mengasah bakat dalam bidang penulisan walaupun sebenarnya tak ada bakatpun. Masa cuti sekolah ni , banyak pulak idea yang datang . Semua catatan atau coretan dalam blog ini bukan tujuan memburukkan sesiapa tetapi ianya sebagai panduan dan pedoman untuk diri sendiri sahaja.
Hari pertama cuti persekolahan(28/5/2011), adakan lawatan sehari ke Pulau Pinang. Seramai 34 pelajar dan 4 orang guru telah mengikuti rombongan tersebut. Tempat-tempat yang dilawati antaranya Muzium Perang di Batu maung Pulau Pinang. Di Muzium perang pelajar diberi penerangan tentang sejarah pendudukan Jepun dan british di Tanah Melayu. Banyak kesan peninggalan penjajah ada di Muzium tersebut. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah apabila terpaksa merangkak ke dalam terowong dan mendaki tangga besi.Yang melucukan kasut yang dipakai terkopak tetapi masih bertahan sehinggalah selamat sampai ke rumah.
Pelajar juga dibawa melawat Botanical Garden.Kebetulan pada hari kami ke sana telah diadakan pesta bunga. Pelbagai jenis bunga bonzai yang bertanding dipamerkan dan kesemuanya cantik-cantik. Tidak ketinggalan juga jualan pelbagai pokok bunga, rabun mata dibuatnya. Sebagai kenang-kenangan, belilah dua pasu pokok bunga .
Selepas makan tengahari, singgah pula sembahyang di masjid terapung di Tanjung Bunga. Sungguh cantik pemandangan di masjid tersebut. Kita boleh nampak bot-bot nelayan yang tersadai di tepi pantai. Pelajar'posing' sakan bergambar di tepi masjid yang berlatarbelakang bot-bot.
Destinasi seterusnya, pelajar dibawa melawat muzium negeri .Peristiwa yang tidak disangka-sangka ,terserempak dengan rakan lama yang berpindah ke sekolah baru.Kebetulan rakan saya tu membawa pelajarnya melawat ke Pulau Pinang pada hari yang sama. Tak dapat berborak panjang kerana ada lagi satu destinasi terakhir lawatan iaitu Padang Kota.
Setelah sehari berjalan, rombongan kami bertolak pulang tepat pada pukul 5.00 petang. Kepuasan yang diperolehi semasa membawa pelajar melawat ke Pulau Pinang ialah apabila melihat wajah ceria yang terpancar di wajah pelajar .Para pelajar juga enjoy sepanjang lawatan tersebut. Lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti kelab. Alhamdulillah semuanya selamat dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
Masa cuti juga diguna untuk menyemak kertas jawapan peperiksaan pertengahan tahun Kemahiran Hidup.Ada pelajar yang perolehi markah tertinggi walaupun pelajar beranggapan soalan peperiksaan susah. Kepuasan diperolehi apabila pelajar menunjukkan pencapaian yang baik , jadi tak sia-sia ilmu yang dicurahkan di dalam kelas. Markah juga telah di "key in" dalam komputer.
Mengecat rumah sudah lama ada dalam perancangan. Tetapi kekangan masa telah membantutkan usaha tersebut. Tetapi alhamdulillah masa cuti sekolah ni ,dapat diguna untuk mengecat sebahagian rumah dengan warna asal. Walaupun bukan semua bahagian rumah dicat tetapi hati puas kerana berjaya mengecat dinding yang berconteng tanpa bantuan sesiapa.Hasilnya rumah nampak bersih selepas dicat.
Cuti yang panjang juga menyebabkan anak-anak cepat 'boring'. Untuk menghilang perasaan boring anak-anak, suami membawa kami sekeluarga bermalam di Safira Resort selama 2 malam. Siangnya anak-anak di bawa mandi di kolam yang terdapat di Resort tersebut. Kegembiraan terpancar dimuka anak-anak dan ini memberi kepuasan kepada diri kerana masa cuti beginilah dapat mengeratkan hubungan keluarga.
Tempat menggantung pakaian yang berusia 3 tahun telah rosak. Asalnya nak buang saja,tetapi datang idea untuk baiki dan jadikan tempat menggantung tuala. Atas usaha sendiri,lalu kaki penggantung pakaian tersebut dipotong dengan gergaji dan tinggallah bahagian atas sahaja . Bahagian yang tinggal ini akhirnya dijadikan tempat menggantung tuala empat orang anak. Kepuasannya ialah dapat menghasilkan tempat menggantung tuala tanpa perlu mengeluarkan wang maklumlah harga perabut sekarang ni mahal.
Salah satu tugas guru penasihat kelab/persatuan adalah merancang aktiviti sepanjang tahun. Aktiviti yang dirancang perlulah melibatkan penyertaan semua ahli. Aktiviti yang dirancang juga mestilah dapat menarik minat ahli kelab dan tidak membosankan. Semasa memikirkan aktiviti yang hendak dijalankan, datang idea untuk membuat aktiviti menguji minda dan sudoku. Akhirnya soalan menguji minda dan sudoku siap dihasilkan , dan tunggu hari perjumpaan kelab untuk dilaksanakan.

![]() | ||
Merangkak sebelum memanjat tangga besi |

![]() |
Antara bonzai yg dipertandingkan |
Pelajar juga dibawa melawat Botanical Garden.Kebetulan pada hari kami ke sana telah diadakan pesta bunga. Pelbagai jenis bunga bonzai yang bertanding dipamerkan dan kesemuanya cantik-cantik. Tidak ketinggalan juga jualan pelbagai pokok bunga, rabun mata dibuatnya. Sebagai kenang-kenangan, belilah dua pasu pokok bunga .
Selepas makan tengahari, singgah pula sembahyang di masjid terapung di Tanjung Bunga. Sungguh cantik pemandangan di masjid tersebut. Kita boleh nampak bot-bot nelayan yang tersadai di tepi pantai. Pelajar'posing' sakan bergambar di tepi masjid yang berlatarbelakang bot-bot.
pelajar bergambar di luar Muzium Negeri |
Destinasi seterusnya, pelajar dibawa melawat muzium negeri .Peristiwa yang tidak disangka-sangka ,terserempak dengan rakan lama yang berpindah ke sekolah baru.Kebetulan rakan saya tu membawa pelajarnya melawat ke Pulau Pinang pada hari yang sama. Tak dapat berborak panjang kerana ada lagi satu destinasi terakhir lawatan iaitu Padang Kota.
Setelah sehari berjalan, rombongan kami bertolak pulang tepat pada pukul 5.00 petang. Kepuasan yang diperolehi semasa membawa pelajar melawat ke Pulau Pinang ialah apabila melihat wajah ceria yang terpancar di wajah pelajar .Para pelajar juga enjoy sepanjang lawatan tersebut. Lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti kelab. Alhamdulillah semuanya selamat dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
Masa cuti juga diguna untuk menyemak kertas jawapan peperiksaan pertengahan tahun Kemahiran Hidup.Ada pelajar yang perolehi markah tertinggi walaupun pelajar beranggapan soalan peperiksaan susah. Kepuasan diperolehi apabila pelajar menunjukkan pencapaian yang baik , jadi tak sia-sia ilmu yang dicurahkan di dalam kelas. Markah juga telah di "key in" dalam komputer.
Mengecat rumah sudah lama ada dalam perancangan. Tetapi kekangan masa telah membantutkan usaha tersebut. Tetapi alhamdulillah masa cuti sekolah ni ,dapat diguna untuk mengecat sebahagian rumah dengan warna asal. Walaupun bukan semua bahagian rumah dicat tetapi hati puas kerana berjaya mengecat dinding yang berconteng tanpa bantuan sesiapa.Hasilnya rumah nampak bersih selepas dicat.
Mandi di kolam |
Cuti yang panjang juga menyebabkan anak-anak cepat 'boring'. Untuk menghilang perasaan boring anak-anak, suami membawa kami sekeluarga bermalam di Safira Resort selama 2 malam. Siangnya anak-anak di bawa mandi di kolam yang terdapat di Resort tersebut. Kegembiraan terpancar dimuka anak-anak dan ini memberi kepuasan kepada diri kerana masa cuti beginilah dapat mengeratkan hubungan keluarga.
Tempat menggantung pakaian yang berusia 3 tahun telah rosak. Asalnya nak buang saja,tetapi datang idea untuk baiki dan jadikan tempat menggantung tuala. Atas usaha sendiri,lalu kaki penggantung pakaian tersebut dipotong dengan gergaji dan tinggallah bahagian atas sahaja . Bahagian yang tinggal ini akhirnya dijadikan tempat menggantung tuala empat orang anak. Kepuasannya ialah dapat menghasilkan tempat menggantung tuala tanpa perlu mengeluarkan wang maklumlah harga perabut sekarang ni mahal.
Salah satu tugas guru penasihat kelab/persatuan adalah merancang aktiviti sepanjang tahun. Aktiviti yang dirancang perlulah melibatkan penyertaan semua ahli. Aktiviti yang dirancang juga mestilah dapat menarik minat ahli kelab dan tidak membosankan. Semasa memikirkan aktiviti yang hendak dijalankan, datang idea untuk membuat aktiviti menguji minda dan sudoku. Akhirnya soalan menguji minda dan sudoku siap dihasilkan , dan tunggu hari perjumpaan kelab untuk dilaksanakan.
Saturday, 4 June 2011
SELAMAT HARI GURU
Setiap 16 Mei sambutan hari guru diadakan bagi menghargai sumbangan para pendidik. Sebagai tanda terima kasih kepada guru ada pelajar yang memberi hadiah kepada guru-guru mereka.Bukan hadiah berupa material yang diharapkan oleh seorang guru tetapi kejayaan para pelajar merupakan hadiah paling bermakna. "TERIMA KASIH CIKGU" itulah ungkapan yang sungguh menyentuh perasaan guru.
Segala pengorbanan dan jasa guru mendidik pelajar bukanlah mengharapkan balasan.Sebaliknya guru akan berasa puas apabila segala tunjuk ajarnya dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar.Bukannya "mencurah air di atas daun keladi".Guru-guru yang ikhlas mendidik pelajar sanggup mengorbankan wang ringgit dan masa mereka .
Setiap perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan.Begitulah janji Allah kepada setiap orang yang melakukan kebaikan.

TUAH BADAN
Beristeri empat bukannya mudah seperti membilang 1,2,3 dan 4. Sebaliknya tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul oleh si suami amatlah berat. Ianya bukan setakat berkemampuan dari segi kewangan sebaliknya kemampuan untuk berlaku adil dalam memenuhi tuntutan zahir dan batin isteri-isteri yang dikahwininya.
Tiada salahnya berkahwin empat jika berkemampuan.Apabila mempunyai empat orang isteri,bermakna suami perlu pandai membahagikan masa untuk setiap isteri-isteri.Oleh kerana kesibukan bekerja, masa untuk bersama-sama dengan setiap isteri dan anak-anak akan berkurang. Isteri-isteri terpaksa berkorban perasaan masing-masing bagi meneruskan kehidupan bermadu.
Janganlah mengambil risiko untuk beristeri lebih daripada satu jika tiada berkemampuan. Takut "Yang dikejar tak dapat, yang di kendong berciciran". Bahagiakanlah terlebih dahulu isteri dan anak-anak.Lengkapkan mereka dengan ilmu dunia dan akhirat serta penuhi tuntutan zahir dan batin isteri.Jangan Jadi seperti perumpamaan " Anak beruk disusukan, anak sendiri mati kelaparan".Janganlah memikirkan nafsu diri semata-mata.
Friday, 3 June 2011
SEMANGAT KERJASAMA
Hindari diri dari menjadi manusia yang
suka berpuak-puak dan berpecah belah.
Contohi resam semut apabila bertemu
seakan bersalam dan suka bekerjasama
di antara satu sama lain.
suka berpuak-puak dan berpecah belah.
Contohi resam semut apabila bertemu
seakan bersalam dan suka bekerjasama
di antara satu sama lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)
SELAMAT PENGANTIN BARU

Kepada pasangan yang akan berkahwin, selamat menempuh alam perkahwinan.Perkahwinan bukan jaminan kesetiaan dan kebahagian suami/isteri.Pelbagai kemungkinan akan dihadapi sepanjang menempuh alam perkahwinan samaada susah @senang, setia @ curang, bahagia @ derita ,dihargai@ tidak dan macam-macam lagi dugaan. Kita perlu 'set' minda kita dengan sebarang kemungkinan yang mendatang supaya kita dapat menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan bukan mengikut emosi."Ikut rasa binasa, ikut hati mati".