Pak Tam ...Nama kucing ni

Saturday, 23 June 2012

KENANGAN DI ISTANA NEGARA KUALA LUMPUR

                                          Berposing sebelum masuk ke Balai Rong Istana Negara

                                                  Ambil peluang bergambar dalam istana.

Saturday, 3 September 2011

sakit apendik

A.P.E.N.D.I.K?  Saya biasa mendengar penyakit apendik, tetapi tidak mengambil  tahu tentang penyakit ini dengan lebih serius. Tetapi apabila ahli keluarga sendiri yang terkena penyakit ini barulah berusaha ingin tahu apakah penyakit apendik, punca dan kesannya.

Dari pembacaan melalui internet, apendik adalah merupakan anggota yang tidak berguna yang terdapat dalam badan. Ianya terletak di bawah usus buntu dan berdekatan dengan usus kecil dan usus besar. Penyakit apendik boleh terjadi apabila apendik ini terkena jangkitan. Sebab-sebab jangkitan ialah makanan yang tersumbat, pembuangan najis yang tidak lawas , jangkitan kuman dan jangkitan cacing.


Kebanyakan pesakit akan merasa sakit di sebelah kanan di bahagian bawah perut, demam ringan, muntah-muntah , atau berpeluh. Tahap paling merbahaya ialah apabila apendik pecah dan boleh mengakibatkan maut.

Berdasarkan maklumat di atas ,anak saya mempunyai tanda-tanda seperti sakit sebelah kanan bawah perut dan muntah-muntah. Pada awalnya tak jangka anak kena sakit apendik. Pada hari raya pertama 30/8/2011 anak saya ceria dan begitu juga pada hari raya kedua, makan apa sahaja mengikut seleranya.Tetapi pada malam 31/8/2011, sebaik pulang berhari raya di rumah nenek ,anak saya muntah-muntah dan mengadu sakit perut. Pada malam itu juga kakak membawa anak ke klinik ,tetapi doktor jangkakan keracunan makanan dan beri ubat. Tetapi sakit anak saya tidak surut, dan anak saya tidak berselera makan. Sebaik diberi makan ,dia akan muntah. Apabila perutnya disentuh di bahagian kanan dia akan mengadu sakit. Tidak sanggup melihat keadaannya yang sakit dan lemah , saya dan suami membuat keputusan membawa anak ke KPJ Bandar perda. sebaik berjumpa doktor iaitu MR.R.Padmanathan , beliau mensyaki anak saya  sakit apendik dan mencadangkan anak saya dibedah pada malam itu juga. Tidak mengambil masa lama untuk berfikir suami bersetuju  supaya anak saya di bedah. Tetapi dalam hati saya masih berharap agar jangkaan doktor salah selepas buat scan dan ujian darah. Setelah buat scan dan ujian darah doktor pasti anak saya sakit apendik dan dengan berat hati saya tandatangan membenarkan doktor buat pembedahan demi keselamatan dan kesihatan anak saya.
  Dua malam saya tidur di KPJ untuk menjaga anak saya dan siangnya suami pulak bergilir menjaga anak saya . Moga Muhammad Ikwan cepat sembuh seperti biasa.
Saya berterima kasih kepada doktor , jururawat dan  kakitangan KPJ Bandar Perda kerana memberi layanan yang baik sepenjang anak saya menerima rawatan .

Sunday, 28 August 2011

uji minda

1



2
  good luck

lihat titik hitam dibahagian tengah selama 10 saat dan kemudian
alih pandangan pada permukaan putih

3




4










Saturday, 27 August 2011

Hidup bahagia

  Adakah kita hidup bahagia? Inilah persoalan yang sukar dijawab oleh kebanyakan daripada kita.Baru-baru ini saya terbaca artikel dalam majalah MIDI yang bertajuk "Ambillah keputusan untuk bahagia". Saya tertarik dengan isi kandungan artikel tersebut lalu jari-jari ini laju menaip setiap perkataan yang terdapat dalam artikel tersebut. Kandungan artikel tersebut diharap dapat menaikkan semangat saya dan rakan-rakan yang membacanya.
 
  "  Bahagia bukanlah suatu objek. Malah ia bukan satu pencapaian yang boleh diukur dengan tepat. Dalam hidup ini bahagia dan duka datang silih berganti. Ada masanya kita bahagia , seronok dan puas dalam perhubungan dengan pasangan, sebaliknya di masa lain kita mungkin mengalami kekecewaan , sedih, geram dan lain-lain.

    Namun percayalah bahawa anda boleh mengambil keputusan untuk bahagia walaupun rumahtangga dan hubungan anda dengan pasangan sedang mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran.Andalah yang perlu menentukan kebahagian anda sendiri.

Caranya mudah sahaja . setiap hari bangun dari tidur , katakan pada diri bahawa anda adalah orang paling bahagia. Pandang pada cermin dengan penuh rasa gembira serta berikan senyuman yang tulen. Katakan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas pada diri anda sendiri.


  Kata-kata semangat ini akan bertindak sebagai satu program mental yang menyampaikan kepada minda bawah sedar anda yang secara tidak langsung akan melahirkan perasaan bahagia sebenar dalam hati anda. Cubalah lakukan aktiviti ini setiap hari tanpa henti dan lihat kesannya."

     Moral dari membaca artikel di atas saya berpendapat , kita berhak untuk hidup bahagia dan gembira kerana hidup di dunia hanya sekali. Jangan persia-siakan hidup hanya dengan bersedih dan menyesali nasib diri.  

Manakah pilihan anda?

    









Monday, 22 August 2011

KEMATIAN

   Kematian itu adalah pasti. Setiap makhluk yang hidup di muka bumi ini pasti akan merasai mati. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Kita tidak tahu bilakah kita akan dicabut nyawa oleh Allah dan bagaimanakah cara seseorang itu akan mati. Begitulah juga dengan harta benda yang dimiliki di dunia akan ditinggalkan walaupun sehelai baju. Ketika itu kain putih yang membaluti badan dan hanya amalan di dunia sebagai bekalan di akhirat.
  Menyebut tentang kematian,saya baru saya kehilangan seorang ayah yang amat dikasihi.Pada hari khamis 18 hb Ogos 2011 bersamaan 18 Ramadhan, tepat pukul 4.45 ayah telah menyambut panggilan Ilahi.Saya menerima berita ayah meninggal dunia ketika baru pulang dari sekolah. Sebaik saja adik menelefon tentang berita sedih itu, air mata mengalir laju dipipi tanpa dipaksa.Saya dimaklumkan ayah akan dikebumikan pada malam itu juga  dan kebetulan malam itu malam jumaat. Kata putus telah dibuat, ayah akan dikebumikan selepas sembahyang tarawih. Saya sekeluarga bertolak pulang ke kampung apada pukul 6.00 petang. Sepanjang dalam perjalanan tersebut, saya berdoa moga saya dapat dipertemukan dengan ayah buat kali terakhir. Perjalanan terasa begitu perlahan, dan ada ketikanya mahu saja saya menyuruh suami memandu laju.
      Alhamdulillah saya sampai ketika ayah sedang dimandikan.Sebaik sampai , kaki laju masuk kerumah dan air mata turun laju tanpa dapat ditahan-tahan sebaik saja disambut oleh kakak dan emak.Ramai jiran , saudara mara dan rakan terdekat ayah yang datang dan bersama-sama sembahyangkan ayah.Selepas dikapankan , kami adik beradik dan saudara mara diberi  kesempatan untuk mencium arwah ayah. Tiba masanya ayah dibawa ke dalam van untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Ketoyong. Hati menjadi hiba kerana terpaksa berpisah selama-lamanya dengan ayah.Walaupun pemergian ayah ditangisi tetapi kami redha dengan ketentuan Allah.Hanya doa kami iringi semoga roh ayah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Walaupun ayah telah tiada ,kenangan bersama-sama ayah tetap terpahat di dalam kenangan.
   Emak dan adik-adik yang menjaga ayah sepanjang ayah terlantar sakit pasti akan lebih merasai kehilangan ayah. Pengorbanan kalian menjaga ayah,amat disanjung, moga Allah membalasnya.

Moga Allah melimpahi Rahmat keatas roh ayah . Amin . Al-fatihah.

SELAMAT PENGANTIN BARU


Kepada pasangan yang akan berkahwin, selamat menempuh alam perkahwinan.Perkahwinan bukan jaminan kesetiaan dan kebahagian suami/isteri.Pelbagai kemungkinan akan dihadapi sepanjang menempuh alam perkahwinan samaada susah @senang, setia @ curang, bahagia @ derita ,dihargai@ tidak dan macam-macam lagi dugaan. Kita perlu 'set' minda kita dengan sebarang kemungkinan yang mendatang supaya kita dapat menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan bukan mengikut emosi."Ikut rasa binasa, ikut hati mati".
zwani.com myspace graphic comments