A.P.E.N.D.I.K? Saya biasa mendengar penyakit apendik, tetapi tidak mengambil tahu tentang penyakit ini dengan lebih serius. Tetapi apabila ahli keluarga sendiri yang terkena penyakit ini barulah berusaha ingin tahu apakah penyakit apendik, punca dan kesannya.
Dari pembacaan melalui internet, apendik adalah merupakan anggota yang tidak berguna yang terdapat dalam badan. Ianya terletak di bawah usus buntu dan berdekatan dengan usus kecil dan usus besar. Penyakit apendik boleh terjadi apabila apendik ini terkena jangkitan. Sebab-sebab jangkitan ialah makanan yang tersumbat, pembuangan najis yang tidak lawas , jangkitan kuman dan jangkitan cacing.
Kebanyakan pesakit akan merasa sakit di sebelah kanan di bahagian bawah perut, demam ringan, muntah-muntah , atau berpeluh. Tahap paling merbahaya ialah apabila apendik pecah dan boleh mengakibatkan maut.
Berdasarkan maklumat di atas ,anak saya mempunyai tanda-tanda seperti sakit sebelah kanan bawah perut dan muntah-muntah. Pada awalnya tak jangka anak kena sakit apendik. Pada hari raya pertama 30/8/2011 anak saya ceria dan begitu juga pada hari raya kedua, makan apa sahaja mengikut seleranya.Tetapi pada malam 31/8/2011, sebaik pulang berhari raya di rumah nenek ,anak saya muntah-muntah dan mengadu sakit perut. Pada malam itu juga kakak membawa anak ke klinik ,tetapi doktor jangkakan keracunan makanan dan beri ubat. Tetapi sakit anak saya tidak surut, dan anak saya tidak berselera makan. Sebaik diberi makan ,dia akan muntah. Apabila perutnya disentuh di bahagian kanan dia akan mengadu sakit. Tidak sanggup melihat keadaannya yang sakit dan lemah , saya dan suami membuat keputusan membawa anak ke KPJ Bandar perda. sebaik berjumpa doktor iaitu MR.R.Padmanathan , beliau mensyaki anak saya sakit apendik dan mencadangkan anak saya dibedah pada malam itu juga. Tidak mengambil masa lama untuk berfikir suami bersetuju supaya anak saya di bedah. Tetapi dalam hati saya masih berharap agar jangkaan doktor salah selepas buat scan dan ujian darah. Setelah buat scan dan ujian darah doktor pasti anak saya sakit apendik dan dengan berat hati saya tandatangan membenarkan doktor buat pembedahan demi keselamatan dan kesihatan anak saya.
Dua malam saya tidur di KPJ untuk menjaga anak saya dan siangnya suami pulak bergilir menjaga anak saya . Moga Muhammad Ikwan cepat sembuh seperti biasa.
Saya berterima kasih kepada doktor , jururawat dan kakitangan KPJ Bandar Perda kerana memberi layanan yang baik sepenjang anak saya menerima rawatan .
Saturday, 3 September 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
SELAMAT PENGANTIN BARU

Kepada pasangan yang akan berkahwin, selamat menempuh alam perkahwinan.Perkahwinan bukan jaminan kesetiaan dan kebahagian suami/isteri.Pelbagai kemungkinan akan dihadapi sepanjang menempuh alam perkahwinan samaada susah @senang, setia @ curang, bahagia @ derita ,dihargai@ tidak dan macam-macam lagi dugaan. Kita perlu 'set' minda kita dengan sebarang kemungkinan yang mendatang supaya kita dapat menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan bukan mengikut emosi."Ikut rasa binasa, ikut hati mati".